UMPSA RAIKAN 115 WARGA SETIA DALAM MAJLIS SANJUNGAN BUDI 2025
Tahniah kepada semua warga FTKKP yang telah setia menyumbang jasa lebih dua dekad di UMPSA.
Pada 15 April 2025, UMPSA meraikan jasa dan dedikasi staf yang telah mencurahkan bakti selama dua dekad kepada universiti dalam Majlis Sanjungan Budi 2025, yang berlangsung bersempena dengan Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Serbaguna, UMPSA Pekan.
Majlis yang menjadi acara tahunan itu diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada staf yang telah berkhidmat selama 20 tahun di universiti ini. Ia adalah seiring dengan komitmen UMPSA dalam membudayakan nilai murni, menghormati sumbangan warga kerja serta memperkukuh semangat kekitaan dalam kalangan komuniti kampus.
Terima kasih di atas jasa bakti yang telah dicurahkan sepanjang perkhidmatan di UMPSA.