Official Website    

Official Website    

News & Events

PROGRAM ALUMNI TALK SPE UMPSA SC

PROGRAM ALUMNI TALK SPE UMPSA SC

Program “From Interns to Pros: Alumni Experiences” anjuran Society of Petroleum Engineers (SPE) UMPSA Student Chapter telah berjaya dilaksanakan pada Isnin (21 April) lalu secara hibrid dengan kehadiran seramai 60 orang pelajar SPE.

Ceramah ini telah disampaikan sendiri oleh alumni-alumni SPE dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) dengan Kepujian (BTO) iaitu Encik Muhammad Alif Hakeem bin Mohd Sukeri (ReservoirLink), Cik Amirah binti Ibrahim (TechnipFMC), Cik Noor Amiza Binti Zainal (HRSB Power Control) dan Encik Muhammad Firdaus Bin Wahab (Dimension Bid). Moderator juga merupakan alumni BTO (Cik Nur Najwa Syuhada binti Suhaidi) yang menjalani latihan industri di Rock Flow Dynamic.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengalaman latihan industri dan alam pekerjaan yang sebenar terutamanya di dalam bidang minyak dan gas. Pelajar juga dapat memahami cabaran, kemahiran yang diperlukan, dan tips untuk membina kerjaya yang cemerlang.

Semasa program berlangsung, pelbagai soalan berkisarkan latihan industri telah di bincangkan bersama barisan panel contohnya jurang generasi di tempat kerja, cara untuk lebih yakin semasa pembentangan, dan juga tips untuk menangani burnout semasa bekerja.

Di akhir program, Ketua Program BTO dan Penasihat SPE, Ts. Dr Norasyikin Ismail telah berbesar hati untuk menyampaikan cenderahati dan sijil penghargaan kepada barisan panel. Panel-panel juga telah dibawa melawat ke makmal-makmal BTO untuk melihat alatan baru di makmal petroleum.

Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar sebagai pelajaran, motivasi dan seterusnya membimbing pelajar ke alam pekerjaan.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.