BENGKEL CQI & SEMAKAN KURSUS WBL BERSAMA TENAGA PENGAJAR INDUSTRI
Pada 9 April 2025, semua pensyarah Program Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menghadiri Bengkel Continuous Quality Improvement (CQI) & Semakan Kursus Work-Based Learning (WBL) di Swiss-Belhotel, Kuantan.
Bengkel ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada pihak industri mengenai keberkesanan pelaksanaan program WBL serta cadangan penambahbaikan agar selari dengan kehendak dan keperluan sebenar industri.
Turut hadir berkongsi pandangan dan pengalaman industri, Pn. Agustina binti Razali dari TTES Frontken Sdn Bhd dan En. Muhammad Muhsin bin Abdul Fatah dari Crescent Engineering (M) Sdn Bhd
Perkongsian daripada pihak industri amat penting dalam memperkukuh pelaksanaan WBL serta meningkatkan kualiti kurikulum demi melahirkan graduan yang lebih kompeten dan bersedia ke industri.


