TIADA PENEMUAN KETIDAKPATUHAN (NCR) DALAM AUDIT PENSIJILAN MS ISO 9001:2015 UMPSA OLEH PIHAK SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.

TIADA PENEMUAN KETIDAKPATUHAN (NCR) DALAM AUDIT PENSIJILAN MS ISO 9001:2015 UMPSA OLEH PIHAK SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD.

Audit Pensijilan MS ISO 9001:2015 Skop Pembangunan dan Pengurusan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda dan Perkhidmatan Sokongan yang dijalankan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ke atas UMPSA telah dilaksanakan dengan jayanya pada 11 September 2024 sehingga 13 September 2024 dengan tiada penemuan ketidakpatuhan (NCR).
 
Bagi Ketua Juruaudit SIRIM QAS International Sdn Bhd, Hjh. Hanida Ghazali, secara keseluruhan, sistem pengurusan kualiti di UMPSA telah dijalankan dengan baik dan setiap PTJ mematuhi prosedur dan garis panduan yang ditetapkan.
 
“Selain itu, Mesyuarat Majlis Kualiti UMPSA yang dijalankan juga memberikan input yang baik kepada pengurusan UMPSA untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti universiti,” katanya semasa Mesyuarat Penutup Penutup Sesi Audit Pematuhan (Compliance Audit) Pensijilan MS ISO 9001:2015 Di UMPSA hari ini.
 
Pasukan audit diketuai oleh Hjh. Hanida Ghazali, dengan dua juruaudit lain terdiri daripada En. Muhamad Hadie bin Aizzat Asli dan En. Muhammad Nazmie bin Mat Nasir.
 
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman yang hadir mewakili Naib Canselor UMPSA berkata, pihaknya berbangga dengan komitmen semua sepanjang audit pematuhan dengan lancar tanpa sebarang Ketidakpatuhan.
 
Lanjutan itu, UMPSA berjaya memenuhi keperluan pensijilan MS ISO 9001:2015 (Pindaan 1 2024) bagi skop “Pembangunan Dan Pengurusan Akademik Program Ijazah Sarjana Muda dan Perkhidmatan Sokongan yang berkaitan”.
 
Terdahulu, Mesyuarat Pembukaan Audit disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Prof. Dato Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin.
 
Beliau amat menghargai segala sumbangan semua PTJ berkenaan dalam menyumbang kepada kejayaan UMPSA mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2015 ini.
Turut sama hadir Prof Madya Ts Dr Herma Dina bt Setiabudi, Pengarah Kanan, PPSK dan Prof Madya Ir Dr Norazwina bt Zainol, Pengarah, Bahagian Jaminan Kualiti serta barisan dekan dan pengarah PTJ.
 
Audit selama tiga hari ini menilai pematuhan universiti terhadap standard pengurusan kualiti yang ditetapkan melibatkan Unit Pengurusan Risiko(UPR), Pusat Pembangunan Kelestarian (SDC), Pejabat Naib Canselor (PNC), Fakulti Komputeran(FK), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal & Automotif (FTKMA).
 
Lain-lain Fakulti Sains & Teknologi Industri (FSTI), Pusat Kerjaya UMPSA, Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar, Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dan juga Pusat Pengurusan Strategik & Kualiti(PPSK) selaku sekretariat utama kepada sesi audit pematuhan dan pensijilan ini.

Print   Email