MAHASISWA UMPSA BENTANG KERTAS PENYELIDIKAN DI GLOBAL STUDENT LEADERSHIP SUMMIT, ISTANBUL UNIVERSITI, TURKIYE

MAHASISWA UMPSA BENTANG KERTAS PENYELIDIKAN DI GLOBAL STUDENT LEADERSHIP SUMMIT, ISTANBUL UNIVERSITI, TURKIYE

Dua (2) orang mahasiswa Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) masing-masing cemerlang dengan pembentangan kertas penyelidikan dalam bidang masing-masing di Global Student Leadership Summit (GSLS) di Istanbul University Turkiye anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Kepimpinan & Latihan Universiti-universiti Awam (MAKLUM). Seramai 144 mahasiswa tempatan dan luar negara (Singapura, Indonesia, Turki dan Rusia dll.) telah terlibat secara langsung dalam program ini.
 
Tahniah dan syabas buat Saudara Muhammad Afif Shauqie Sairon dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses dengan kertas pembentangan Microwave Torrefaction of Empty Fruit Bunch (EFB) as Biomass Energy Source serta Saudara Muhammad Amir Nuruddin Abdul Jalil dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik & Elektronik dengan kertas penyelidikan bertajuk Precision Symbol Recognition in Electrical Schematic. Turut hadir atas jemputan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) dan KPT, Saudara Agha Khilfi Suarno, Mantan yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA.
 
Program ini turut menampilkan syarahan dan perbincangan khas daripada panel-panel tempatan dan antarabangsa bagi membincangkan aspek kepimpinan anak muda di peringkat global serta pelbagai bidang yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Semoga bermanfaat dan banyak ilmu yang ditimba.

Print   Email