SEMARAK RAMADAN: WARGA FTKKP SERTAI PENYEDIAAN JUADAH BERBUKA PUASA PADA RAMADAN KE-12, 1446 HIJRAH
Program Gotong Royong Iftar Jamaie yang berlangsung pada 13 Mac 2025 di Masjid UMPSA Gambang telah berjaya dilaksanakan. Warga Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) berganding bahu dalam menyediakan juadah berbuka puasa, dari merewang hingga memasak. Program ini yang turut disertai Yayasan UMPSA, Sctiexs & Insmartive, serta PETAKOM memastikan makanan berbuka puasa dapat dinikmati bersama dengan warga UMPSA.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyumbang tenaga dalam menjayakan program ini. Semoga amalan gotong-royong ini terus menyatukan kita, dan semangat Ramadan membawa keberkatan kepada semua.
Program ini adalah sebahagian daripada Festival Ramadan FTKKP, yang turut merangkumi pelbagai aktiviti sepanjang bulan yang mulia ini.
Seterusnya, malam ini kita akan meneruskan dengan Program Singgah Sahur di sekitar Kuantan! Jom bersama-sama menyebarkan kebaikan dan mengeratkan ukhuwah dalam suasana penuh keberkatan.





