PENSYARAH FTKKP SERTAI PSYCHOLOGICAL FIRST AID UNTUK PENASIHAT AKADEMIK ANJURAN PUSAT SEJAHTERA UMPSA
Program “Psychological First Aid (PFA) untuk Penasihat Akademik” anjuran Pusat Sejahtera UMPSA telah berjaya dilaksanakan dengan kehadiran seramai tiga puluh staf akademik FTKKP. Objektif program:
Memberi pendedahan kepada Penasihat Akademik berhubung dengan Psychological First Aid (PFA).
Meningkatkan pengetahuan berkaitan Psychological First Aid (PFA) yang boleh digunakan dalam proses membantu pelajar atau mangsa krisis.
Memberikan kesedaran akan pentingnya pengetahuan asas dalam isu krisis
Penceramah terdiri daripada kaunselor UMPSA iaitu Puan Nur Atiqah Binti Mohd Nor dan Encik Muhammad Syamim Aiman Bin Abd Hamid serta dibantu oleh Puan Nur Azila Binti Osman.
Sepanjang program berlangsung pelbagai aktiviti “Role Play” dan ceramah berkenaan PFA telah dilaksanakan dan mendapat kerjasama dan sambutan yang menggalakkan daripada semua peserta. Semoga program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi memberikan pendedahan kepada staf akademik dalam membantu penyeliaan pelajar masing-masing.


