PROGRAM SINGGAH SAHUR BERSAMA KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN STAF (KKSS)
Program Singgah Sahur KKSS FTKKP ini adalah salah satu usaha fakulti untuk menyantuni masyarakat setempat sepanjang bulan Ramadan.
Kira-kira 25 sukarelawan KKSS FTKKP dan Kelab Pelajar Kejuruteraan Kimia (CHEST) bersama- sama turun ke destinasi terpilih bagi mengagihkan lebih 250 bungkus juadah sahur, bermula jam 12.30 pagi sehingga 3.00 pagi tadi. Semua ini adalah hasil sumbangan daripada staf FTKKP sendiri dan golongan persendirian yang bersama-sama merebut keberkatan bulan mulia Ramadan.
Melalui pengagihan juadah sahur ini, pihak KKSS FTKKP berharap dapat membantu mengurangkan beban golongan yang memerlukan serta mengeratkan hubungan baik antara universiti, pelajar dan komuniti setempat.
Program Singgah Sahur ini turut memberi fokus kepada mahasiswa di Kampus Gambang, petugas malam di Kem ATM Batu 10, Balai Polis, Balai Bomba, Hospital, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di sekitar Kuantan dan Gambang, pengawal keselamatan yang bertugas di UMPSA, Pusat Matrikulasi, Pusat Asasi UIAM, Kolej Komuniti Paya Besar, Sekolah Sukan dan Akademi Sukan Mokhtar Dahari serta pekerja- pekerja di Tol Gambang.





