SELAMAT DATANG KE FTKKP, WIRA & WIRAWATI KIMIA
Seramai 147 pelajar baharu Program Diploma Kejuruteraan Kimia telah melangkah masuk ke keluarga besar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP), UMPSA. Program Hari Suai Kenal 2025 dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dekan FTKKP, Prof. Ts. Dr. Sumaiya bt Zainal Abidin@Murad diikuti taklimat akademik oleh PM Ts. Dr. Nasratun bt Masngut, serta pengenalan berkaitan kebajikan dan kokurikulum oleh Ts. Dr. Azizul Helmi bin Sofian. Bagi membina pelajar holistik, pelajar turut digalakkan bergiat aktif dalam persatuan yang diperkenalkan oleh Dr. Jun Haslinda binti Hj Shariffuddin & Saudara Edrick Ragai. Sesi diteruskan dengan taklimat program oleh Ketua Program, PM Ts. Dr. Saidatul Shima binti Jamari, sebelum pelajar dibahagikan mengikut Penasihat Akademik masing-masing untuk sesi suai kenal bersama PA.



