LAWATAN FTKKP KE AKADEMI MINERAL MALAYSIA PAHANG (AMMP), KUALA LIPIS
25 Julai 2025 - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah mengadakan lawatan kerja ke Akademi Mineral Malaysia Pahang (AMMP) di Kuala Lipis. Lawatan ini turut disertai wakil daripada Faculty of Chemical and Process Engineering Technology, UMPSA.
Tujuan utama lawatan adalah untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, khususnya dalam aspek latihan, konsultasi serta perkongsian kepakaran. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada peluang kolaborasi dalam bidang teknologi, sains, dan kejuruteraan.
Pihak AMMP menyambut baik kehadiran delegasi FTKKP UMPSA dan berharap kepakaran yang dimiliki fakulti dapat menyokong serta memperkukuh sinergi latihan yang dijalankan di akademi tersebut.
Kerjasama ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan tenaga kerja mahir yang mampan selaras dengan keperluan industri masa kini.