PROGRAM MOBILITI PENDEK INSTITUT TEKNOLOGI SEPULUH NOPEMBER (ITS), INDONESIA
Seramai 14 org pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) telah terpilih utk menyertai Program Mobiliti Pendek anjuran Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia bermula dari 18 sehingga 24 Mei 2025. Rombongan pelajar bersama Pensyarah pengiring Dr. Siti Hatijah binti Mortan telah berlepas ke Surabaya pada pagi 18 Mei 2025.
Didoakan perjalanan mereka dipermudahkan dan semoga pengalaman ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain.