CSR SULAM: FUTURE EARTH GENERATION & CLEAN WATER HEROES @ UMPSA GAMBANG
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Service Learning Malaysia - University for Society (SULAM), seramai 193 orang pelajar dan 12 orang guru pengiring dari tiga buah sekolah rendah dan tiga buah sekolah menengah telah menyertai program komuniti bertemakan “Future Earth Generation & Clean Water Heroes”.
Program ini dijayakan dengan kerjasama pelajar kursus BTK3254 Environment & Sustainable Technology, BKC4543 Environmental Engineering, dan BTF1143 Pharmaceutical Waste Management, disokong oleh 21 orang pensyarah dari Bioprocess and Biosystems Engineering Cluster (BBEC), FTKKP, serta 2 orang pensyarah penyelaras kursus daripada BKC4543 dan BTK3254.
Sekolah yang terlibat:
Sekolah Rendah:
Integrated Islamic School Kuantan (36 orang pelajar, 2 orang guru)
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Gambang (20 orang pelajar, 1 orang guru)
Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Indera Mahkota (40 orang pelajar, 2 orang guru)
Sekolah Menengah:
Sekolah Kebangsaaan Bandar 2 Paloh Hinai (34 orang pelajar, 2 orang guru)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rangin (33 orang pelajar, 2 orang guru)
Sekolah Menengah Imtiaz Kemaman (30 orang pelajar, 3 orang guru)
Modul interaktif yang dijalankan sepanjang program:
1. Modul 1: Greenhouse Gases (SDG 13: Tindakan terhadap Perubahan Iklim)
2. Modul 2: Filtration System (SDG 6: Air Bersih dan Sanitasi)
3. Modul 3: Car Prototype (SDG 11: Bandar dan Komuniti Mampan)
4. Modul 4: Windmill Types (SDG 7: Tenaga Bersih dan Mampu Milik)
5. Modul 5: Lit Your World (SDG 12: Kepenggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab)
Melalui pendekatan interaktif dan aktiviti amali, pelajar sekolah didedahkan kepada cabaran alam sekitar dan penyelesaian teknologi yang berkait rapat dengan kehidupan harian mereka.
Usaha ini bukan sahaja menyemai minat terhadap sains dan teknologi hijau dalam kalangan generasi muda, tetapi turut memperkukuh hubungan antara universiti dan masyarakat setempat ke arah masa hadapan yang lebih lestari.
Program ini berjaya memupuk kesedaran, menyemai minat terhadap teknologi hijau dan memperkukuh jalinan antara universiti dan masyarakat.
Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat!







