Official Website    

Official Website    

News & Events

LAWATAN INDUSTRI KE KILANG AJINOMOTO BAGI KURSUS FOOD ENGINEERING TECHNOLOGY

LAWATAN INDUSTRI KE KILANG AJINOMOTO BAGI KURSUS FOOD ENGINEERING TECHNOLOGY

Pada 22 Mei 2025, pelajar-pelajar kursus Food Engineering Technology (BTK3843) bagi Semester II 2024/2025 telah berpeluang mengadakan lawatan industri ke Kilang Ajinomoto (Malaysia) Berhad bersama pensyarah Profesor Madya Ts. Dr. Farhan Binti Mohd Said.

Lawatan ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai proses kejuruteraan makanan dan aplikasi teknologi pemprosesan makanan di peringkat industri sebenar.

Ucapan penghargaan diucapkan kepada pihak Ajinomoto atas kerjasama dan sambutan mesra yang diberikan sepanjang lawatan ini. Semoga pengalaman ini membuka peluang pembelajaran yang bermakna serta mengukuhkan pemahaman para pelajar dalam bidang kejuruteraan makanan.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.