Official Website    

Official Website    

News & Events

PROGRAM MENTOR MENTEE BTF & BTF PHARMILY DAY : MENGUKUHKAN HUBUNGAN PELAJAR DAN PENSYARAH

PROGRAM MENTOR MENTEE BTF & BTF PHARMILY DAY : MENGUKUHKAN HUBUNGAN PELAJAR DAN PENSYARAH

Pada 15 Disember 2024 telah berlangsung Program Mentor Mentee bagi pelajar Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal) (BTF), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), yang turut digabungkan bersama BTF Pharmily Day dan disertai oleh semua pelajar dan pensyarah BTF.
 
Majlis ini telah berjaya merapatkan hubungan antara pelajar dan pensyarah melalui permainan sukaneka dan aktiviti sosial yang telah disusun oleh ISPE-UMPSA Student Chapter bersama beberapa pensyarah BTF.
Program Mentor Mentee BTF adalah satu inisiatif yang dijalankan oleh ISPE-UMPSA Student Chapter, bertujuan untuk membantu pelajar baharu menyesuaikan diri dengan kehidupan di UMPSA dan membina hubungan baik antara pelajar baharu dan pelajar kanan. Program ini adalah julung kalinya diadakan oleh ISPE-UMPSA Student Chapter, khusus untuk pelajar program BTF dan telah dimulakan semasa minggu pertama semester 1 2024/2025.
 
Respon yang baik telah diberi oleh mentee (pelajar baharu) mahupun mentor (pelajar kanan) tentang program Mentor Mentee, dan hampir kesemua pelajar dan pensyarah BTF telah bersetuju bahawa majlis ini memberi impak positif secara keseluruhan.
Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.