TRAINING IWCF WELL CONTROL LEVEL 1
Kluster Oil and Gas, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) dan Pusat TVET Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya menganjurkan program Training IWCF Well Control Level 1 bertempat di Dewan Tun Fatimah, UMPSA.
Seramai 39 orang pelajar terlibat terdiri daripada pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA) dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA).
Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan pengendalian telaga minyak disamping menduduki ujian untuk mendapatkan Sijil Well Control Level 1 daripada International Well Control Forum (IWCF).
Hari pertama dan kedua adalah sesi ceramah berkaitan industri minyak dan gas, penggerudian dan kawalan telaga minyak. Penceramah yang terlibat adalah Ts. Mohd Shahrul Azuar Mat Roseh dari Pusat TVET dan dua orang penceramah daripada FTKKP iaitu Ts.Dr. Norasyikin Ismail dan Ts. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohamad Noor.
Pada hari ketiga, pelajar dibawa melawat Well Control and Simulation Lab untuk memberi pendedahan berkaitan simulasi pengendalian dan kawalan minyak yang dikendalikan oleh Ts. Mohd Shahrul Azuar Mat Rose.
Selepas itu para pelajar menduduki ujian atas talian. Di akhir program ini, 39 orang pelajar telah lulus cemerlang dan telah mendapat Sijil Well Control Level 1 dari International Well Control Forum (IWCF).
Semoga para pelajar memperoleh manfaat di atas program yang dilaksanakan dan meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.