PROGRAM CANVA WORKSHOP ANJURAN KLUSTER BIOPROCESS & BIOSYSTEM ENGINEERING FTKKP PERKASA KEMAHIRAN REKA BENTUK DIGITAL
11 Oktober 2025 - Program Canva Workshop anjuran Kluster Bioprocess & Biosystem Engineering (BBEC), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP), UMPSA, telah berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada 11 Oktober 2025. Bengkel ini dikendalikan oleh Ts. Junaidi bin Zakaria, yang membimbing peserta melalui dua modul utama - Basic dan Intermediate Level. Peserta berpeluang mempelajari asas reka bentuk grafik, penyuntingan video, serta teknik menghasilkan bahan pembelajaran dan promosi menggunakan Canva secara profesional dan kreatif. Menariknya, bengkel ini turut melibatkan penyertaan dalaman dan luaran, termasuk lebih daripada 70 orang guru dari sekitar Kuantan, bersama-sama staf akademik dan pelajar UMPSA. Terima kasih kepada semua peserta yang menjayakan bengkel ini! Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam dunia pendidikan dan komuniti.




