LATIHAN ASAS KEJURUTERAAN KIMIA ANJURAN SEPARATION AND ENVIRONMENTAL RESEARCH CLUSTER TINGKATKAN KEFAHAMAN OPERATOR INDUSTRI
22–23 Oktober 2025 - Separation and Environmental Research Cluster (SERC), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Talent Tech telah berjaya menganjurkan program “Asas Kejuruteraan Kimia: Latihan Pantas untuk Operator dan Juruteknik Industri” yang berlangsung selama dua hari di UMPSA Kampus Gambang.
Program ini direka khas untuk operator, juruteknik, penyelia dan kakitangan sokongan dalam industri kimia, tanpa mengira latarbelakang atau pengalaman teknikal mereka. Matlamat utamalatihan ini adalah untuk meningkatkan pemahaman praktikalpeserta terhadap prinsip asas kejuruteraan kimia yang penting dalam operasi harian industri.
Peserta latihan ini terdiri daripada staf Tosoh Chemical Sdn. Bhd. dan Petronas Derivatives Sdn. Bhd. Mereka telah mengikuti enam slot teknikal, termasuk topik keseimbanganjisim dan tenaga, jadual stim, penyulingan, keselamatan bahankimia, prinsip penukar haba, dan peranan operator dalam menyokong matlamat Net-Zero.
Antara penceramah yang terlibat ialah PM Dr. Mazrul Nizam bin Abu Seman, PM Ts. Dr. Siti Kholijah Abd Mudalip, PM Ir. Dr. Syed Mohd Saufi bin Tuan Chik, Ts. Marzuki, Prof. Ts. Dr. Jolius Gimbun, dan Mr. Shafik.
Program ini mendapat maklum balas positif daripada para peserta. Salah seorang peserta berkongsi pandangan bahawa latihan ini dapat menambah input baharu yang membantu penambahbaikan untuk kerjaya mereka. Manakala seorang lagi menyatakan bahawa Latihan ini dapat meningkat kefahaman tentang proses kejuruteraan kimia yang mereka kendalikan di tempat kerja mereka.
Latihan ini bukan sahaja menambah kemahiran teknikal peserta, malah memberi penekanan kepada keselamatan dan kecekapanoperasi bagi menyokong amalan industri yang lebih selamat, cekap, dan mampan selaras dengan matlamat kelestarian industri kimia negara.




