Official Website    

Official Website    

News & Events

3 STAF KIBAR BENDERA UMPSA TAWAN PUNCAH GUNUNG TAHAN

3 STAF KIBAR BENDERA UMPSA TAWAN PUNCAH GUNUNG TAHAN

9 Oktober 2025 – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berbangga apabila tiga orang staf universiti telah berjaya sampai ke puncak Gunung Tahan iaitu gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia bersempena dengan Ekspedisi Kajian Kelestarian Trek Gunung Tahan dari Merapoh ke Kuala Tahan 2025 baru-baru ini.  
 
Pendakian itu diketuai oleh Pensyarah Kanan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Dr. Rosmawati Naim bersama dua orang lagi staf iaitu Penolong Pegawai Keselamatan, Mohammad Hafizi Ali dan Pembantu Keselamatan, Mohd Firdaus Mohd Ahsery

Menurut Dr. Rosmawati, penyertaan mereka adalah satu penghormatan besar apabila diberi peluang mewakili universiti dalam misi yang menguji ketahanan fizikal dan mental untuk menawan puncak Gunung Tahan dengan ketinggian 2,187 meter.  
 
“Saya bersyukur diberi peluang untuk menyertai ekspedisi ini bersama 51 pendaki lain daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi mengkaji penambahbaikan fasiliti, infrastruktur dan simbolik bersempena dengan pelancaran Majlis Rekreasi Pahang.
 
“Walaupun masa persediaan agak singkat, kami tetap berusaha melakukan latihan fizikal bagi menawan Gunung Tahan yang terkenal dengan laluan hardcore seperti laluan landai dan berakar” ujarnya yang berpengalaman dengan expedisi sebelum ini, antaranya Gunung Kinabalu (2019), Mulu Pinnacles (2023, 2025), Gunung Irau (2023), Annapurna Base Camp (ABC) 2023, Dolomites, Italy (2024) dan Everest Base Camp (EBC) 2025.
 
Di sebalik keindahan pemandangan semula jadi yang memukau dengan kepelbagaian flora dan fauna yang unik, beliau tidak sekadar mendaki malah turut menilai keadaan trek sambil mengemukakan cadangan penambahbaikan kemudahan fasiliti sepanjang laluan Gunung Tahan dari Sungai Relau, Merapoh ke Kuala Tahan.
 
Ekspedisi yang berlangsung mulai 1 hingga 9 Oktober 2025 itu melibatkan 54 peserta yang mewakili 20 agensi kerajaan.
 
Program anjuran Majlis Rekreasi Pahang ini turut mendapat perkenan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan NGO Negeri Pahang, Yang Berhormat Tuan Fadzli Mohamad Kamal.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.