BENGKEL PENULISAN FTKKP BERSAMA PENERBIT UMPSA
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), UMPSA telah menganjurkan Bengkel Penulisan FTKKP Bersama Penerbit UMPSA pada 28 April 2025 bertempat di Bilik Kuliah W-DKU-K-01, Kampus Gambang. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ts. Dr. Rozaimi bin Abu Samah, Pengarah Penerbit UMPSA yang berpengalaman luas dalam bidang penerbitan akademik dan penulisan ilmiah.
Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam penulisan ilmiah dan penerbitan, khususnya dalam kalangan staf akademik dan bukan akademik di FTKKP, selaras dengan usaha berterusan fakulti untuk memperkukuh budaya penerbitan ilmiah. Pelbagai aspek penting telah dikupas termasuk etika penerbitan, struktur penulisan buku akademik, dan proses penerbitan di UMPSA.



