Official Website    

Official Website    

News & Events

LAWATAN PELAJAR MRSM ATM BERA KE FTKKP: MENEROKA APLIKASI STEM

LAWATAN PELAJAR MRSM ATM BERA KE FTKKP: MENEROKA APLIKASI STEM

Pada 20 Februari 2025, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP), UMPSA telah menerima kunjungan 60 orang pelajar Tingkatan 5 dan 5 guru pengiring dari MRSM ATM Bera dalam sesi lawatan sambil belajar ke UMPSA yang dianjurkan oleh Pusat Jaringan Industri dan Masyarakat, UMPSA.

Sepanjang lawatan ke FTKKP ini, para pelajar telah berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti seperti:

✅ Mengikuti taklimat akademik mengenai program-program di FTKKP

✅ Melawat makmal penyelidikan dan melihat aplikasi sebenar teknologi kejuruteraan kimia

✅ Menjalani aktiviti STEM “Building and Testing Adsorption Column” secara hands-on bersama pensyarah dan staf teknikal FTKKP.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya warga FTKKP yang terdiri dari para pensyarah, staf teknikal, dan juga staf pentadbiran FTKKP.

Diharapkan pengalaman ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar MRSM ATM Bera untuk meneruskan pengajian dalam bidang kejuruteraan dan teknologi pada masa hadapan!

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.