Official Website    

Official Website    

News & Events

PELAJAR FTKKP RAIH ANUGERAH KADET TERBAIK LATIHAN LUAR

PELAJAR FTKKP RAIH ANUGERAH KADET TERBAIK LATIHAN LUAR

9 Ogos 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Pahang menganjurkan Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Pangkat Leftenan Muda PASKAM UMPSA Siri 1/2023 hari ini bertempat di Dewan Astaka, UMPSA Kampus Gambang.

 

Seramai 41 kadet Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berjaya menamatkan latihan siri pertama mereka dan menerima pemakaian pangkat Leftenan Muda dalam satu majlis penuh istiadat yang berlangsung di Dewan Astaka, Kampus Gambang hari ini.

 

Majlis yang julung kali diadakan sejak penubuhan PASKAM UMPSA pada 17 Ogos 2023 ini disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama (Maritim) Haji Mazlan Mat Rejab dan dihadiri oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Yatimah Alias, pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), barisan pengurusan universiti, ibu bapa

serta keluarga kadet.

 

Hadir sama ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Ts Dr Mohd Rusllim Mohamed dan Pengarah Sumber Manusia Ibu Pejabat APMM, Mohd Hamzah Murgayah Abdullah.

 

Tahniah kepada Leftenan Muda PASKAM Muhammad Amirul Hakim Bizun, pelajar Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas dengan Kepujian di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) atas pencapaian cemerlang ‘Anugerah Kadet Terbaik Latihan Luar’ dalam majlis pemakaian pangkat Leftenan Muda.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.