HANDS-ON WORKSHOP: MICROSOFT EXCEL FOR BEGINNERS BERSAMA SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI KUANTAN
15 Oktober 2025 - Kluster Process Systems Engineering and Safety (ProSES), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Bengkel ‘Hands-on Workshop: Microsoft Excel for Beginner’ pada 15 Oktober 2025 dengan penyertaan seramai 33 orang pelajar daripada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan (INTEK) dan 2 orang guru pengiring. Bengkel ini telah dijalankan di Makmal Komputer, Perpustakaan UMPSA Gambang.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara pihak sekolah dengan pihak universiti bagi saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah dan FTKKP kepada pelajar sekolah, di samping memberi pendedahan kepada kepentingan penguasaan teknologi maklumat seperti Microsoft Excel dalam Pendidikan dan kerjaya masa depan.
Bengkel ini turut merangkumi aktiviti lawatan ke Makmal FTKKP, di mana para pelajar diberi peluang untuk mengalami sendiri dunia sains dan teknologi. Keseluruhan program telah berlangsung dengan lancar, berkat kerjasama daripada semua pihak yang terlibat.
Program ini juga memberikan peluang kepada staf UMPSA untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, khususnya kepada pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah.
