MAJLIS PERASMIAN 3RD PROSES SYMPOSIUM 2023
Kuantan, 6 September 2023 - Penolong Naib Canselor, Pusat Jaringan Industri & Masyarakat (PJIM), Prof. Datin Ts. Dr. Mimi Sakinah Abdul Munaim telah menyempurnakan perasmian Simposium "Process Systems Engineering and Safety" (ProSES) 2023 yang telah diadakan di AC Hotel by Marriott Kuantan.
Persidangan siri ke-3 yang dianjurkan oleh Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) pada tahun ini membawa tema "Process Resilience Through Digitalisation". Sebanyak 50 penyertaan diterima pada tahun ini dengan turut melibatkan peserta dari luar negara terutamanya Indonesia dan China.
Objektif utama persidangan adalah bagi mengumpulkan intelektual dari pelbagai bidang untuk berkongsi pengetahuan serta membincangkan trend terkini dan isu semasa dalam bidang berkaitan dengan kejuruteraan kimia. Ia juga berfungsi sebagai platform untuk memulakan rangkaian kerjasama penyelidikan di kalangan peserta yang mempunyai minat penyelidikan yang sama dari seluruh dunia.
Turut sama hadir adalah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) FTKKP bersama Pengerusi 3rd ProSES Symposium, Prof. Madya Ts. Dr. Ruwaida Abdul Rashid.