MAJLIS KHATAM AL-QURAN FTKKP 2025 (1446 H)
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur dan keberkatan, Majlis Khatam Al-Quran FTKKP sempena Festival Ramadan FTKKP 2025 telah selamat dilaksanakan. Majlis yang di ketuai oleh Ir. Dr. Mohd Sabri bin Mahmud dan disertai oleh Dekan tersayang, Prof. Dr. Sumaiya binti Zainal Abidin bersama-sama warga FTKKP yang lain.
Bersama-sama kita menyemarakkan semangat cintakan Al-Quran, mendorong diri untuk terus berusaha mencapai keimanan dan ketaqwaan yang lebih tinggi. Semoga majlis ini menjadi titik permulaan untuk lebih banyak lagi amal soleh dan keberkatan dalam hidup kita.
Program ini adalah sebahagian daripada Festival Ramadan FTKKP, yang turut merangkumi pelbagai aktiviti sepanjang bulan yang mulia ini yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Staf Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (KKSS FTKKP).
Terima kasih kepada semua yang meraikan program Khatam Al Quran FTKKP 1446H. Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan memberikan manfaat yang berpanjangan.







