LAWATAN KE FASILITI MAKMAL GMP UMPSA DAN KILANG PEMBUATAN MAKANAN TERNAKAN MILIK MNR MULTITECH SDN. BHD.
Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Prof. Dr. Yatimah binti Alias, telah mengadakan lawatan ke Fasiliti Makmal GMP UMPSA dan Kilang Pembuatan Makanan Ternakan milik MNR Multitech Sdn. Bhd. sebuah syarikat teknologi yang ditubuhkan berdasarkan penyelidikan UMPSA.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ts. Dr. Aida binti Mustapha, Pengarah Pusat TVET Termaju, Profesor Madya Ts. Dr. Mohd Shahrir bin Mohd Sani dan wakil Pusat Pembangunan dan Pengurusan Harta.
Syarikat MNR Multitech Sdn. Bhd. diketuai oleh Ts. Mohd Najib bin Razali, Pensyarah UMPSA dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, merangkap pengasas syarikat tersebut.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau aktiviti pengkomersialan teknologi UMPSA serta memahami keperluan strategik bagi memperkasa lagi ekosistem inovasi dan pengkomersialan di universiti.
Lawatan ini turut memperkukuh komitmen UMPSA dalam menyokong inisiatif inovasi berimpak tinggi dan akan terus memberi sokongan padu kepada para penyelidik serta usahawan teknologi dalam merealisasikan potensi komersial hasil penyelidikan universiti.





