LAWATAN ILMIAH & KOLABORASI CSR: PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN TEROKA FTKKP UMPSA
Pada 24 Mac 2025 (Isnin), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP), UMPSA telah mengalu-alukan kedatangan 20 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring dari Kolej Vokasional Kuantan bagi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Perkongsian Ilmu KV@ FTKKP, UMPSA. Program ini yang bermula pada jam 9:00 pagi hingga 12:30 tengah hari ini, cuba membawa sinergi antara pendidikan vokasional dan teknologi terkini.
Apa yang menarik daripada program ini?
Ceramah inspirasi bertajuk “Introduction to Capstone Technopreneurship in Oil and Gas Industry” oleh Ts. Mohd Najib Razali, membuka minda tentang peluang technopreneur dalam industri Minyak dan Gas
Eksplorasi makmal FTKKP termasuk Lawatan ke Makmal Process Control, Lab Bio, Lab Analitikal, dan Lab Gas
Aktiviti STEM interaktif “Dye Penetrant Testing” dikendalikan oleh Ts Dr Azizul Helmi Sofian memberi peluang hands-on kepada pelajar mempelajari teknik pengesanan kecacatan bahan industri - kemahiran kritikal dalam penyelenggaraan fasiliti
Program ini bukan sekadar lawatan, tetapi platform menyemai minat pelajar dalam bidang teknikal, menyokong hasrat kerajaan memperkasa TVET sebagai teras pembangunan modal insan berdaya saing. Inshallah sebagai kesinambungan daripada program yang berlangsung pada hari ini akan diteruskan dengan projek SULAM yang dijangka akan dijalankan pada bulan Jun 2025 nanti.
Diharapkan kolaborasi seumpama ini terus berkembang, melahirkan lebih ramai profesional mahir yang sedia menyumbang kepada industri negara.
Saksikan lebih banyak inisiatif CSR & perkongsian ilmu FTKKP-UMPSA bersama komuniti pada masa akan datang.





