FTKKP SEBAGAI PENGANJUR BERSAMA ICOG-ITA 2024 : PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

FTKKP SEBAGAI PENGANJUR BERSAMA ICOG-ITA 2024 : PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah berperanan sebagai penganjur bersama bagi ‘The 3rd International Conference on Oil & Gas Industry Technologies & Applications 2024’ (ICOG-ITA 2024) yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah pada 10-11 September 2024 di The Klagan Regency, Kota Kinabalu, Sabah.
 
Pada masa yang sama, FTKKP turut memperluas hubungan dengan Universitas Islam Riau (UIR) serta Institute for Oil & Gas (IFOG), Universiti Teknologi Malaysia dengan sesi perbincangan bersama wakil universiti masing-masing.
 
Dengan penyertaan FTKKP sebagai penganjur bersama ICOG-ITA 2024, ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkukuh jaringan akademik dan penyelidikan antara institusi pengajian tinggi.
 
Diharapkan kolaborasi ini akan memperkukuhkan kerjasama penyelidikan dan akademik antara universiti, terutamanya untuk program minyak dan gas. Semoga kerjasama ini terus berkembang dan memberi manfaat yang berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat.

Print   Email