LAWATAN UNIVERSITAS AHMAD DAHLAN (UAD), JOGJAKARTA, INDONESIA KE UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) UNTUK JARINGAN KERJASAMA PENYELIDIKAN DAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA
Seramai lapan orang delegasi dari Universitas Ahmad Dahlan (UAD), Jogjakarta Indonesia di ketuai oleh Prof. Dr. Ir. Siti Jamilatun, Dekan Fakultas Teknologi Industri telah melawat ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), UMPSA pada 2 hingga 3 Disember 2024.
Pada hari pertama (2 Disember 2024), lawatan tertumpu kepada perbincangan antara kedua- dua universiti dalam mengukuhkan lagi kerjasama di bidang penyelidikan, aktiviti pelajar pra siswazah mahupun pelajar pasca siswazah, melihat kemudahan makmal di FTKKP serta mengenal budaya di Malaysia umumnya dengan lebih dekat. Aktiviti perbincangan ini diketuai oleh Prof Dr Sumaiya selaku Dekan FTKKP.
Pada hari kedua (3 Disember 2024), kesemua delegasi UAD bersama 12 orang pensyarah FTKKP dan 7 orang pelajar pra siswazah FTKKP telah menjayakan Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa bertempat di Sekolah Menengah Tengku Afzan, Kuantan, Pahang. Seramai 240 pelajar mendapat manfaat dengan menambah pengetahuan mengenai pentingnya belajar hingga ke universiti, ceramah kesedaran mengenai kesihatan serta aktiviti yang paling ditunggu oleh pelajar iaitu menjayakan aktiviti STEM yang disediakan untuk mereka.
Terima kasih kepada Dr. Rozaimi (Timbalan Dekan Akademik FTKKP), Dr Azizul Helmi (Ketua Program Pembangunan Pelajar FTKKP), Dr Jun Haslinda (Pengarah Program), Jawatankuasa pelaksana dan seluruh warga FTKKP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.