LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PETROLEUM) KE UNIVERSITI TEKNIKAL MELAKA (UTeM) & UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY (UNIKL MITEC)

LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM SARJANA MUDA TEKNOLOGI KEJURUTERAAN MEKANIKAL (PETROLEUM) KE UNIVERSITI TEKNIKAL MELAKA (UTeM) & UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN INSTITUTE OF INDUSTRIAL TECHNOLOGY (UNIKL MITEC)

Pada 8 dan 9 November lalu, delegasi dari FTKKP terdiri daripada Ts. Dr. Norasyikin Ismail selalu Ketua Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum), Chm. Ts. Dr. Siti Qurratu' Aini Binti Mahat, Dr. Nor Hanimah Hamidi, Ts. Dr. Mohammad Zulkifli Md. Noor dan Puan Siti Noraishah Ismail telah mengadakan lawatan ke UTeM dan UNIKL MITEC.
 
Lawatan penanda aras ini diadakan sebagai usaha untuk meningkatkan kualiti program akademik dan kurikulum dalam program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Petroleum) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan untuk memastikan ia selaras dengan keperluan dan piawaian Engineering Technology Accreditation Council (ETAC). Selain itu, lawatan ini juga dapat membantu delegasi FTKKP dalam menyediakan dokumen untuk akreditasi supaya memenuhi kehendak ETAC.
 
Kunjungan delegasi FTKKP pada hari pertama di Universiti Teknikal Melaka (UTeM) telah disambut oleh Dr Fadhilah Shikh Anuar selalu Ketua Program Teknologi Kejuruteraan Mekanikal. Sesi perbincangan berkenaan struktur kurikulum dan sesi perkongsian mengenai amalan terbaik dalam penyediaan dokumen untuk mendapat akreditasi daripada pihak ETAC.
 
Hari kedua lawatan di teruskan ke UNIKL-MICET yang telah disambut oleh Tuan Haji Mohamad Shahrul Effendy bin Kosnan (Ketua Seksyen Kejuruteraan Teknologi) dan Ts Azyyati Johari (Program Koordinator Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Petroleum (Keselamatan dan Operasi)(BPOS) yang berkongsi pengalaman semasa lawatan akreditasi ETAC serta tatakelola penyediaan dokuman Self-Assessment Report (SAR). Pada sesi petang, pihak UniKL telah menjemput Ts. Dr. Norasyikin Ismail dan Ts.Dr. Zulkifli Mohd Noor untuk menyampaikan sesi perkongsian ilmu bersama pelajar-pelajar Semester 1 bagi program BPOS berkaitan Petroleum Geology dan Carbon Capture & Storage.
 
Semoga lawatan ini dapat memberikan manfaat yang besar dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama antara UMPSA dengan UTEM dan UniKL MITEC serta meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran di UMPSA.

Print   Email