LAWATAN & PERBINCANGAN BIDANG KERJASAMA ANTARA PROGRAM BTF FTKKP BERSAMA INSULET MALAYSIA SDN. BHD. & CYTOMED THERAPEUTICS MALAYSIA SDN. BHD.
Seramai 4 orang pensyarah dari Program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal) (BTF), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), telah mengadakan lawatan industri ke Insulet Malaysia Sdn. Bhd. dan CytoMed Therapeutics Malaysia Sdn. Bhd. di Johor Bahru pada 16 - 18 Disember 2024.
Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan cadangan bidang kerjasama antara program BTF dan pihak industri bagi meneroka potensi kolaborasi strategik di samping dapat meningkatkan latihan industri, penyelidikan bersama, penerbitan, serta pembangunan akademik antara universiti dan industri. Selain itu, lawatan ini dapat memberi pendedahan kepada pensyarah mengenai amalan terbaik dan teknologi terkini dalam industri farmaseutikal dan peranti perubatan.
Turut serta dalam perbincangan ini ialah Darren Oh (General Manager, South East Asia, Insulet Malaysia Sdn. Bhd.), Dan Lang (Director of Manufacturing, Insulet Malaysia Sdn. Bhd.) dan Dr. Siti Mariam binti Noor Din (Quality Manager, CytoMed Therapeutics Malaysia Sdn. Bhd.) yang memainkan peranan penting dalam perbincangan strategik ini. Penglibatan pihak pengurusan tertinggi syarikat dalam perbincangan ini jelas membuktikan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh hubungan strategik antara industri dan akademia serta merealisasikan potensi kolaborasi dalam bidang farmaseutikal.
Lawatan ini menjadi langkah penting dalam usaha FTKKP untuk mempersiapkan pelajar dan staf dengan pendedahan serta kemahiran yang diperlukan bagi industri farmaseutikal yang sentiasa berkembang.