LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM SARJANA MUDA KEJURUTERAAN KIMIA UiTM CAWANGAN PULAU PINANG KE FTKKP
FTKKP berbesar hati menerima lawatan penanda aras bagi program Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia daripada Pengajian Kejuruteraan Kimia (PKK), UiTM cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP). Delegasi daripada UiTM CPP seramai 9 orang diketuai oleh Ketua Pusat PKK, Dr. Hamizura Hassan.
Program dimulakan dengan ucapan selamat datang oleh Dekan FTKKP, ucapan aluan oleh Timbalan Dekan Akademik dan taklimat oleh kedua-dua ketua program PKK dan BKC. Perbincangan dua hala secara dalam kumpulan berfokus kepada kesediaan program ke arah EAC Standard 2024, dan pelaksanaan complex engineering problems (CPS) dan sustainable development goals (SDGs) dalam kurikulum. Perbincangan turut melibatkan pelaksanaan integrated design project (IDP), undergraduate research project (URP), industrial training (LI) dan pembelajaran makmal. Program diakhiri dengan lawatan ke makmal FTKKP.
Lawatan diharapkan telah mencapai objektif yang diharapkan oleh pihak PKK. Program BKC turut sama mengambil manfaat daripada perkongian daripada pihak PKK dalam program lawatan ini.
Latest News
19 December 2024