PENYELIDIK FTKKP MENANG ANUGERAH MAKALAH JURNAL TERBAIK SAINS, TEKNOLOGI & PERUBATAN (INDEKS KEBANGSAAN) DI MAJLIS ANUGERAH MAPIM-KPT KE-15

PENYELIDIK FTKKP MENANG ANUGERAH MAKALAH JURNAL TERBAIK SAINS, TEKNOLOGI & PERUBATAN (INDEKS KEBANGSAAN) DI MAJLIS ANUGERAH MAPIM-KPT KE-15

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada tiga penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), yang telah berjaya memenangi Tempat Ketiga bagi Anugerah Makalah Jurnal Terbaik Sains, Teknologi & Perubatan (Indeks Kebangsaan) di Majlis Anugerah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT) ke-15.
 
Tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Bijarimi Mat Piah, Ramzi Qasem, dan Waleed Alhadadi di atas kejayaan ini dengan artikel penyelidikan bertajuk "Mechanical, Thermal, and Morphological Properties of Poly (Lactic Acid) (PLA)/Recycled Tyre Rubber Waste Compatibilised with Chain Extender" yang diterbitkan dalam Journal of Chemical Engineering and Industrial Biotechnology (JCEIB).
 
Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, yang turut menegaskan komitmen KPT dalam mengangkat martabat penerbitan ilmiah di Malaysia. Sebanyak 20 kategori anugerah disampaikan, termasuk Buku Ilmiah Terbaik, Makalah Jurnal Terbaik, Reka Bentuk Buku Terbaik, dan Penerbit Prolifik Terbaik.
 
Tahniah kepada semua pemenang atas pencapaian cemerlang ini. Penghargaan juga diberikan kepada sidang editorial JCEIB, yang terus menjadi platform penerbitan penyelidikan berimpak tinggi dalam bidang kejuruteraan kimia dan bioteknologi industri.

Print   Email