LAWATAN INDUSTRI PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN KIMIA (DRK) BAGI PROJEK INTEGRASI KURSUS DRK2362 PLANT COMMISIONING , START UP AND SHUTDOWN, DRK2372 PLANT SAFETY & HEALTH dan DRK2382 PLANT UTILITY
Lawatan industri ini diadakan bagi memantapkan pemahaman teori yang dipelajari di dalam kelas dengan memberikan pengalaman sebenar secara 'hands-on' kepada pelajar di loji-loji yang telah dilawati.
Berikut adalah senarai loji yang dilawati:
1. Kilang Kelapa Sawit Jabor, Sime Darby Guthrie Berhad
2. FGV Biorefineries Sdn Bhd
3. BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd
4. Kilang Kelapa Sawit Maran, Felcra Berhad
5. Kilang Sawit LCSB Lepar, LKKP
Setelah itu, pelajar dikehendaki menghasilkan laporan dan pembentangan video bagi tugasan yang telah diberikan merangkumi 3 aspek operasi loji iaitu Commisioning, Safety dan Utility.
Terima kasih kepada pihak syarikat yang telah memberikan kebenaran dan kerjasama dalam menjayakan lawatan ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada pensyarah-pensyarah pengiring yang mengiringi pelajar-pelajar semasa sesi lawatan tersebut; Ts Dr Mohd Aizudin b Abd Aziz, Dr Khairatun Najwa bt Mohd Amin, Dr Mohd Shafiq b Mohd Sueb dan Ts Joharizal b Johari. Semoga pengalaman yang diperoleh semasa sesi lawatan ini dapat memberikan pengalaman bermanfaat kepada pelajar-pelajar.
Latest News
27 January 2025
17 January 2025