Official Website    

Official Website    

News & Events

LAWATAN ILMU SK JENDERAK KE FTKKP UMPSA GAMBANG

LAWATAN ILMU SK JENDERAK KE FTKKP UMPSA GAMBANG

07 Ogos 2025 - Seramai 37 Orang pelajar dan 5 orang guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan Jenderak mengadakan lawatan sambil belajar ke Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ini.

Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi serta memberi pendedahan awal tentang bidang kejuruteraan kimia dan proses. Rombongan lawatan diketuai oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Jenderak, Encik Junaidi bin Jaffar.

Terdahulu para pelajar diberikan taklimat akademik dan pendedahan kemasukan UMPSA yang disampaikan oleh Penyelaras Pemasaran FTKKP, Profesor Madya Dr. Sunarti binti Abd Rahman.

Para pelajar seterusnya dibawa melawat makmal - makmal disekitar fakulti. Sepanjang lawatan, mereka juga diberikan taklimat ringkas mengenai mesin - mesin yang berada di dalam makmal kimia.

Menurut Encik Jefri bin Muhamad , guru besar SK Jenderak, lawatan ini sangat bermanfaat kerana ia dapat memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi serta memberikan pendedahan awal terhadap peluang kerjaya dalam kejuruteraan kimia.

Salah seorang murid, Nur Anis Nuha binti Junaidi dari Tahun 6 berkata, beliau sangat teruja dapat melihat eksperimen sebenar dijalankan di dalam makmal serta bercita-cita untuk menjadi jurutera satu hari nanti.

Lawatan berakhir dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata daripada pihak SK Jenderak kepada wakil FTKKP sebagai tanda penghargaan atas kerjasama yang diberikan.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.