Official Website    

Official Website    

News & Events

FTKKP TERIMA LAWATAN DARI INSTITUT TEKNOLOGI PETROLEUM PETRONAS (INSTEP)

FTKKP TERIMA LAWATAN DARI INSTITUT TEKNOLOGI PETROLEUM PETRONAS (INSTEP)

2 September 2025 - Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan oleh wakil Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP).

Tujuan utama lawatan adalah untuk perbincangan berkaitan Renewable Energy and Hydrogen serta potensi kerjasama TVET antara FTKKP dan INSTEP. Lawatan ini juga adalah untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak. Sebelum ini, pihak fakulti juga telah mengadakan lawatan kerja ke INSTEP. Deligasi INSTEP juga dibawa untuk membuat lawatan ke Makmal FTKKP.

Pihak INSTEP yang dihadiri oleh Encik Arezudin bin Abdullah, Senior Manager Technical Solution, Cik Wan Edani bt Wan Rashid, Manager, Sustainability Solution dan Puan Nurasyidah bt Roslan, Executive Onboarding & Customised Solution. Delegasi ini disambut oleh YBrs. Profesor Madya Ts. Dr. Rohayu binti Jusoh, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pascasiswazah), Ybrs. Profesor Madya Ts. Dr. Nasratun binti Masngut, Timbalan Dekan(Akademik dan Antarabangsa), ketua-ketua program FTKKP, ketua Teknikal dan pihak Pengurusan fakulti. Turut hadir wakil Pengarah Pusat Penyelidikan Bendalir & Proses Termaju, Profesor Ts. Dr. Jolius bin Gimbun dan wakil Pengarah Pusat TVET Termaju UMPSA, Encik Hairul Nizam bin Abdul Rani.

Semoga lawatan kerjasama ini dapat memberi manfaat dan peluang kolaborasi antara FTKKP dan INSTEP dalam bidang kepakaran berkaitan Renewable Energy and Hydrogen serta dalam bidang TVET pada masa-masa akan datang.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.