LENSA MOBILITI 2025 : SPEXPEDITION CONNECTING ASEAN OIL & GAS LEADER (SPEXCOAL) @ PEKAN BARU, RIAU, INDONESIA
Seramai 20 pelajar Persatuan Mahasiswa Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia Dan Proses (CHEST) – SPE dan 3 penasihat dari UMPSA terlibat menyertai Program Mobiliti Antarabangsa 2025 di Pekan Baru, Riau, Indonesia pada 16 - 22 Julai 2025.
Selama lima hari menjalani program tersebut, pelajar telah mengikuti satu seminar yang bertemakan “Advanced Core Analysis for Reservoir Management” yang disampaikan oleh dua penceramah iaitu Sukoco, S.T. dan Cece Rahayu, S.T., yang merupakan Pakar Makmal dari PT. Pertamina Hulu Rokan. Sesi ini telah
memberikan pendedahan mendalam kepada para peserta mengenai kaedah “Special Core Analysis (SCAL)” dan “Routine Core Analysis (RCAL)” yang digunakan dalam pengurusan reservoir syarikat.
Para pelajar UMPSA juga berpeluang menyaksikan pelbagai projek yang berkaitan dengan industri minyak dan gas serta sesi penerangan dan demonstrasi berkaitan kemudahan dan peralatan yang digunakan dalam pengajaran dan penyelidikan
kejuruteraan petroleum. Menerusi sesi lawatan industri ke tapak pengeluaran minyak darat (onshore oil field), pelajar berpeluang melihat sendiri minyak mentah (crude oil) dalam bentuk asal sebelum diproses serta fungsi dan operasi alat pemisah yang digunakan untuk memisahkan minyak, gas dan air daripada campuran hasil pengeluaran telaga. Peserta turut didedahkan dengan proses pengaliran minyak mentah dari telaga ke tangki simpanan sebelum disalurkan ke saluran pengedaran.
Selain itu, pelajar juga menjalankan aktiviti khidmat masyarakat DI Panti Asuhan Putra Al-Akbar melalui sesi aktiviti mewarna air dan disusuli dengan pemberian alat tulis dan barangan keperluan persekolahan.
Tahniah buat semua peserta atas kejayaan menjayakan program Mobiliti Antarabangsa 2025. Semoga pengalaman ini terus membuka ruang keterlibatan global untuk warga UMPSA.



