Official Website    

Official Website    

News & Events

RAYA DISAMBUT, MESRA TERPAUT – MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI FTKKP 2025

RAYA DISAMBUT, MESRA TERPAUT – MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI FTKKP 2025

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri FTKKP 2025 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan pada 28 April 2025 (Isnin), bertempat di Ruang Legar Blok W, UMPSA Kampus Gambang. Bertemakan “Raya Disambut, Mesra Terpaut”, majlis ini menjadi medan ukhuwah dan keceriaan buat seluruh warga FTKKP.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Pengerusi KKSS FTKKP, Prof. Madya Ts. Dr. Sunarti binti Abd Rahman. Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada staf yang diuji dengan masalah kesihatan, kehilangan orang tersayang, menyambut kelahiran ahli keluarga baru, serta yang melangsungkan perkahwinan.

Turut diraikan ialah empat orang staf FTKKP yang menerima panggilan duyufurrahman 1446, iaitu Prof. Madya Ts. Dr. Ruwaida binti Abdul Rasid, Dr. Mazni binti Ismail, Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Siti Zubaidah binti Sulaiman, dan Ts. Dr. Zatul Iffah bte Mohd Arshad. Semoga dikurniakan haji yang mabrur.

Pelbagai aktiviti menarik turut memeriahkan majlis, antaranya sesi karaoke lagu raya, permainan bertemakan Aidilfitri, iaitu menganyam ketupat, serta cabutan bertuah. Kehadiran staf FTKKP yang segak dan anggun dalam busana raya menyemarakkan lagi suasana penuh warna-warni.

Majlis yang dihiasi gelak tawa dan semangat muhibah ini berjaya mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga FTKKP, sambil menyemai rasa kebersamaan dalam suasana Aidilfitri yang ceria dan harmoni. Semoga kita dipertemukan lagi dalam sambutan yang lebih meriah pada tahun hadapan, insya-Allah.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.