Official Website    

Official Website    

News & Events

UMPSA PERLUAS JALINAN STRATEGIK BERSAMA INDUSTRI KIMIA MELALUI PERBINCANGAN MEJA BULAT

UMPSA PERLUAS JALINAN STRATEGIK BERSAMA INDUSTRI KIMIA MELALUI PERBINCANGAN MEJA BULAT

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi Jabatan Penyelidikan dan Inovasi serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) telah menganjurkan program UMPSA-Chemical Industry Partnership Elevation for Research Innovation atau dikenali sebagai RTD – Perbincangan Meja Bulat yang berlangsung di AC Hotel Marriot Kuantan.

Program ini bertujuan memperluaskan lagi hubungan strategik UMPSA dengan pihak industri kimia melalui pemadanan isu dan cabaran dari industri dengan penyelesaian teknologi yang dibangunkan oleh penyelidik UMPSA. Membuka peluang kerjasama dalam penyelidikan, perundingan dan inovasi teknologi. Selain itu, ia turut menjadi platform untuk menjadikan isu-isu di industri ini sebagai projek tahun akhir pelajar UMPSA, khususnya yang mengikuti program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL).

Seramai 40 peserta terlibat dalam perbincangan ini iaitu penyelidik dari UMPSA dan wakil industri termasuk Nextgreen Global Berhad, Molecor (SEA) Sdn. Bhd., Ilham Niaga Resources Sdn. Bhd., Polygon Synergy Venture Sdn. Bhd., PETRONAS Technical Services Sdn. Bhd., NOV FGS Malaysia, Wilmar Kuantan Edible Oils, Venator Asia, MTC Group, GoodScience Sdn. Bhd., Exfoam Insulation Sdn. Bhd. dan Geber Technology Sdn. Bhd.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan sesi penerangan oleh Pengarah Pusat Perhubungan Industri serta taklimat dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses oleh dekan fakulti. Program kemudian diteruskan dengan sesi perbincangan meja bulat secara berkumpulan sebelum dengan ucapan penutup oleh Penolong Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (Industri & Masyarakat), Profesor ChM Dr. Mohd Hasbi Ab Rahim.

Penganjuran ini diharap dapat memperluas dan memperkukuh peranan UMPSA sebagai rakan strategik utama dalam menyokong keperluan teknologi dan inovasi industri, selari dengan aspirasi universiti sebagai peneraju pendidikan teknikal negara.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.