Official Website    

Official Website    

News & Events

INDUSTRIAL TALK: ROTATING VS STATIC EQUIPMENT IN OIL & GAS INDUSTRY

INDUSTRIAL TALK: ROTATING VS STATIC EQUIPMENT IN OIL & GAS INDUSTRY

Sebagai usaha memperkukuh pembelajaran berasaskan industri, satu sesi Industrial Talk telah dianjurkan dengan menampilkan En. Hazmir bin Hamzah, Project Manager dari UBF Maintenance Sdn. Bhd. sebagai penceramah jemputan.

Program ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pembelajaran bagi kursus BVF1243 Equipment Basic Care yang ditawarkan di bawah Program Sarjana Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses (FTKKP), UMPSA. Menariknya, program ini turut dihadiri oleh Ketua Program, Ts. Dr. Nor Khonisah binti Daud, para pensyarah serta lebih 50 orang pelajar.

Sesi ini memberi pendedahan komprehensif mengenai perbezaan antara peralatan berputar (rotating equipment) dan peralatan statik (static equipment) dalam industri minyak dan gas. En. Hazmir turut berkongsi field insights yang bernilai tinggi serta membincangkan secara telus peluang dan ruang kerjaya dalam sektor ini berdasarkan pengalaman sebenar beliau di lapangan.

Menurut Saudara Amir, pelajar Tahun 1:

“Industrial talk ini benar-benar membuka mata saya tentang peranan serta fungsi rotating dan static equipment. Saya kini lebih jelas tentang skop pekerjaan yang wujud dalam industri minyak dan gas, dan lebih bermotivasi untuk meneroka bidang ini dengan lebih mendalam.”

Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Hazmir atas perkongsian ilmu yang amat bermanfaat. Semoga kerjasama industri-akademia seperti ini terus diperkasa dalam membentuk graduan holistik dan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.