PROGRAM SULAM FTKKP-UMPSA BAWA PENGALAMAN INDUSTRI KE KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN
18 Jun 2025 - Seramai 10 orang pelajar Tahun 2 dari Program Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah melaksanakan program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) bertempat di Kolej Vokasional (KV) Kuantan. Program yang dijenamakan sebagai “Condition Based Monitoring (CBM) for Beginner” ini merupakan sebahagian daripada penilaian berasaskan projek kursus BVF3224 Alignment and Condition-Based Monitoring.
Seramai 30 orang pelajar KV Kuantan dari program Teknologi Pemesinan Industri telah menyertai program ini yang berlangsung selama satu hari ini. Menariknya, sesi hands-on activity iaitu latihan (shaft alignment) menggunakan peralatan sebenar, di mana pelajar KV diberi peluang mengendalikan sendiri peralatan serta memahami teknik penjajaran tepat (Precision alignment) yang digunapakai dalam industri minyak dan gas. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bukan sahaja memberi impak kepada pelajar dari segi pembelajaran berasaskan TVET, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti setempat.


