PROGRAM SERASI BERSAMA FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA DAN PROSES (FTKKP) 2024

PROGRAM SERASI BERSAMA FAKULTI TEKNOLOGI KEJURUTERAAN KIMIA DAN PROSES (FTKKP) 2024

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menerusi Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) telah mengadakan Program Serasi Bersama FTKKP 2024 yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti (KSU) Kampus Gambang.
 
Seramai 1500 orang pelajar dan 120 orang staf telah turut serta dalam program kali ini. Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturahim diantara PA dan pelajar, dalam masa yang sama, program ini turut menghargai pencapaian pelajar - pelajar yang telah mengharumkan nama fakulti diperingkat nasional mahupun antarabangsa.
 
Para pelajar yang mengikuti program mobiliti antarabangsa turut diraikan bagi menghargai usaha mereka menerokai peluang pembelajaran di luar negara. Selain itu, aktiviti "bonding" seperti "blind marker", rantaian kasih dan "mute acting" telah menghangatkan suasana KSU pada pagi ini. Melalui aktiviti ini PA dan para pelajar dapat berinteraksi dan mengenali diantara satu dengan yang lain. Acara turut dimeriahkan dengan slot Cabutan Bertuah yang turut menjadi slot yang ditunggu-tunggu.
 
Program pada hari ini turut dihadiri oleh Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses, Prof Ts Dr Sumaiya binti Zainal Abidin @Murad. Hadir sama Timbalan Dekan Akademik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses, Dr. Rozaimi dan Ketua Program Pembangunan Pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia & Proses, Ts Dr Azizul Helmi bin Sofian.
 
Penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah berusaha bertungkus-lumus menjayakan program pada hari ini.

Print   Email