PROGRAM JELAJAH SEKOLAH FTKKP DI SMK SULTAN ABU BAKAR (SABS) CETUS INSPIRASI JURUTERA MASA HADAPAN

PROGRAM JELAJAH SEKOLAH FTKKP DI SMK SULTAN ABU BAKAR (SABS) CETUS INSPIRASI JURUTERA MASA HADAPAN

Program Jelajah Sekolah FTKKP buat julung kalinya telah dilaksanakan dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan (SABS) pada 9 Oktober 2024.
 
Seramai 200 orang pelajar SABS telah menghadiri program siri pertama ini, di mana pelajar telah diberikan taklimat kemasukan ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) serta peluang kerjaya dalam bidang kejuruteraan kimia yang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Shafiq Mohd Sueb, Ketua Program Diploma Kejuruteraan Kimia di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP). Turut hadir bersama adalah 4 pensyarah FTKKP, iaitu Cik Zainatul Bahiyah Handani, Ts. Junaidi Zakaria, Ts. Dr. Fathie Ahmad Zakil, dan Dr. Siti Hajar Noor Shaarani.
 
Program Jelajah Sekolah FTKKP ini merupakan inisiatif fakulti untuk mempromosikan program-program akademik di FTKKP, terutamanya Diploma Kejuruteraan Kimia (DRK), selain memberi pendedahan awal mengenai laluan pendidikan selepas SPM kepada pelajar, guru, ibu bapa, serta masyarakat setempat di sekitar Pahang.
 
Inisiatif ini juga turut bertujuan untuk memperkasakan hubungan universiti dengan sekolah-sekolah terlibat, dengan fokus untuk menarik minat pelajar dalam bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik).
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SABS Kuantan, terutamanya kepada Pengetua, YBrs. Tuan Haji Asruddin bin Haji Abas, SMP., AMP., serta guru-guru yang telah memberi kerjasama yang amat baik sepanjang program ini dijalankan.
 
Diharapkan dengan adanya program ini, para pelajar mendapat panduan yang jelas dalam memilih laluan pendidikan tinggi selepas tamat SPM nanti.

Print   Email