LAWATAN DAN TAKLIMAT KHAS TAWARAN KEMASUKAN KE PROGRAM AKADEMIK BERTERASKAN TVET UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH DI KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

LAWATAN DAN TAKLIMAT KHAS TAWARAN KEMASUKAN KE PROGRAM AKADEMIK BERTERASKAN TVET UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH DI KOLEJ VOKASIONAL KUANTAN

Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan jayanya telah menganjurkan program lawatan dan taklimat khas berhubung tawaran kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas yang berteraskan TVET buat julung kalinya di Kolej Vokasional (KV) Kuantan pada 8 Oktober 2024.
 
Seramai lebih 30 pelajar KV Kuantan hadir dalam siri pertama program ini. Pelajar telah diberikan taklimat yang disampaikan oleh Ts. Dr. Nor Khonisah Daud, Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas, bersama lima orang lagi tenaga pengajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses.
 
Program Jelajah Kolej Vokasional ini merupakan sebahagian daripada inisiatif universiti untuk mempromosikan program berasaskan kemahiran seperti Ijazah Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas, serta laluan kerjaya dalam bidang teknologi penyelenggaraan fasiliti minyak dan gas.
 
Ia juga turut memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai laluan pendidikan dan peluang kemasukan ke UMPSA selepas sijil DVM, DKM, DLKM dan setara dengannya kepada pelajar, guru, ibu bapa, dan komuniti di Pahang. Di samping itu, ia turut memperkukuh hubungan antara universiti dan kolej vokasional, dengan fokus untuk menarik minat pelajar dalam bidang TVET aras tinggi di UMPSA.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pihak pengurusan KV Kuantan, khususnya kepada Pengetua, guru kaunselor, serta guru-guru yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program ini.
 
Dengan penganjuran program ini, diharapkan para pelajar memperoleh panduan yang lebih jelas dalam memilih laluan pendidikan tinggi selepas tamat diploma nanti dan menjadikan UMPSA sebagai universiti pilihan utama untuk pengajian TVET aras tinggi.

Print   Email