PENYELIDIK FTKKP PAMER HASIL PENYELIDIKAN DI PELANCARAN PUSAT KITAR SEMULA UMPSA
26 Ogos 2025 - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah merasmikan Pusat Kitar Semula di Kampus Pekan. Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Yatimah Alias, bersama barisan pengurusan universiti, dan rakan strategik.
Pusat ini diwujudkan sebagai langkah strategik memperkukuh agenda kelestarian, amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 12 & 13). Ia bukan sahaja pusat pengurusan sisa pepejal, malah menjadi pusat pembelajaran & penyelidikan untuk inovasi teknologi hijau dan ekonomi kitaran.
Antara tarikan utama ialah lawatan ke inovasi hasil penyelidikan pensyarah FTKKP, Profesor Madya Ts. Dr. Ruzinah Binti Isha dan Dr. Jun Haslinda Shariffuddin.
Profesor Madya Ts. Dr. Ruzinah bersama pasukan memperkenalkan Mesin Pyrolyser, teknologi yang menukar sisa plastik kepada minyak sekali gus membuka peluang baharu dalam penghasilan bahan api alternatif serta pengurangan sisa.
Manakala Dr. Jun bersama pasukan pula mempamerkan produk tanah kompos daripada sisa makanan, usaha lestari dalam mengurangkan sisa organik dan menambah nilai kepada sektor pertanian.