LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI OLEH LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA DI UMPSA KAMPUS GAMBANG

LAWATAN PENILAIAN AKREDITASI OLEH LEMBAGA JURUTERA MALAYSIA DI UMPSA KAMPUS GAMBANG

Pada 21 Oktober 2024, UMPSA telah menerima lawatan penilaian akreditasi oleh Engineering Technology Accreditation Council (ETAC), Lembaga Jurutera Malaysia (BEM) di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, Kampus Gambang.
 
Lawatan selama satu (1) hari ini dibarisi panel iaitu Dr. Azizul Bin Bujang dan En. Haffidzudin bin Hehsan untuk menilai akreditasi secara Interim bagi program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal) dengan Kepujian dan Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia dengan Kepujian.
Semoga dua (2) program berkenaan berjaya dalam penilaian akreditasi Interim ini.

Print   Email