Official Website    

Official Website    

News & Events

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI HIJAU ECO SCHOOLS & PERTANDINGAN AKHIR GISPRO 2025

KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI HIJAU ECO SCHOOLS & PERTANDINGAN AKHIR GISPRO 2025

16 Julai 2025 - Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan telah menjadi lokasi penganjuran Pertandingan Akhir Green Innovation Science Project (GISPRO) 2025, sebuah inisiatif kebangsaan yang memupuk inovasi pelajar sekolah menengah dalam bidang STEM berteraskan kelestarian alam sekitar. Program ini adalah hasil kolaborasi strategik antara BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd., Green Growth Asia Foundation (GGAF), dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), UMPSA sebagai rakan pelaksana.

Sebanyak 15 sekolah dari seluruh negara telah menyertai peringkat akhir dengan membentangkan projek inovasi dalam bidang kimia, biologi, fizik dan kejuruteraan ; yang dinilai berdasarkan inovasi, impak alam sekitar dan kebolehlaksanaan sebenar.

FTKKP UMPSA memainkan peranan aktif dalam karnival ini dengan melaksanakan enam aktiviti STEM interaktif termasuk pengekstrakan DNA, pembuatan sabun dari minyak terpakai, demonstrasi elektromagnet, pembangunan krim antibakteria & tablet susu, roket soda, serta demonstrasi teknologi dron. Ruang pameran akademik FTKKP turut mempromosi program pascasiswazah dan kepakaran fakulti.

BASF Petronas Chemicals pula memperkenalkan Mini Lab, memberi pendedahan awal kepada prinsip kimia industri sebenar melalui aktiviti makmal praktikal.

Turut diadakan, Forum Transformasi Hijau yang menampilkan Dr. Jun Haslinda binti Haji Sharifuddin (Pensyarah Kanan, FTKKP UMPSA) sebagai panelis, membincangkan peranan IPT dan industri dalam mendepani cabaran perubahan iklim secara kolaboratif.

Penilaian projek akhir telah dilaksanakan oleh panel juri yang terdiri daripada pensyarah FTKKP UMPSA iaitu Ts. Dr. Azizul Helmi bin Sofian dan Ts. Junaidi bin Zakaria, bersama wakil profesional daripada BASF Petronas Chemicals.

Majlis penutupan dirasmikan oleh Encik Yusof bin Kassim, Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembangunan Murid), JPN Pahang, yang menekankan pentingnya niat, ilmu dan tindakan bersama dalam memelihara alam sekitar. Turut hadir En. Tan Aik Meam, Pengarah Urusan BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd.; En. Muhammad Fadzly Me’an, Penyelaras Latihan Kebangsaan Eco-Schools GGAF; Tuan Haji Ropizalhazri bin Haji Ismail, Pengetua SBPI Kuantan; dan Ts. Dr Azizul Helmi bin Sofian, Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), FTKKP UMPSA.

GISPRO 2025 & Karnival Sains dan Teknologi Hijau Eco SChoools ini menjadi platform penting dalam memperkukuh pemikiran saintifik, inovasi hijau dan kolaborasi rentas sektor ke arah masa depan yang lestari.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.