ILMU DIPERKASA, INOVASI DITERJEMAH: SUMBANGAN CENDEKIAWAN UMPSA UNTUK MALAYSIA MADANI
Di sebalik kejayaan sebuah universiti dan syarikat pemula (start-up), ada insan yang tekun mencurahkan ilmu, berjuang dalam penyelidikan dan mencari jalan bagaimana hasil kajian dapat memberi manfaat kepada masyarakat serta negara. Itulah peranan Ts. Dr. Noormazlinah Ahmad, seorang Pensyarah Kanan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan juga Pengarah Urusan Pretech Global Sdn. Bhd. (UMPSA start-up). Dengan kepakaran dalam bidang Kejuruteraan Bioproses, beliau bukan sahaja mendidik generasi baharu, malah menghubungkan ilmu dengan dunia sebenar melalui penyelidikan dan Pembangunan (R&D), pengkomersialan dan konsultasi. Setiap langkah beliau adalah usaha untuk memastikan ilmu tidak terhenti di bilik kuliah tetapi diterjemah kepada solusi yang menyokong pembangunan industri, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan memacu daya saing negara.
Inilah semangat Malaysia MADANI yang mana ilmu menjadi asas kemajuan, inovasi sebagai pemangkin dan sumbangan cendekiawan seperti beliau menggerakkan pembangunan negara ke arah masa depan yang lebih inklusif, lestari dan sejahtera untuk semua.