Official Website    

Official Website    

News & Events

CSR ANTARABANGSA UMPSA BERSAMA PELAJAR VIETNAM DAN INDONESIA JAYAKAN MISI KELESTARIAN KOMUNITI DI KUANTAN

CSR ANTARABANGSA UMPSA BERSAMA PELAJAR VIETNAM DAN INDONESIA JAYAKAN MISI KELESTARIAN KOMUNITI DI KUANTAN

29 November 2025 – Semangat kesukarelawanan dan kelestarian disemarakkan melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan di Kampung Lubuk Puyu, Kuantan, melibatkan pelajar daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama rakan antarabangsa dari Institut Teknologi Sepuluh Nopember (ITS), Indonesia, Industrial University of Ho Chi Minh City (IUH), Vietnam, serta pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Pandan.

Program ini merupakan salah satu aktiviti utama di bawah Mobitech 2025: International Student Mobility Through TVET & STEM Empowerment in NDT Skills, Community Services & Cultural Understanding, yang berlangsung dari 27 hingga 30 November 2025. Inisiatif ini bertujuan memperkukuh jaringan kolaborasi antarabangsa serta memperkasa pelajar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman, inovasi hijau dan tanggungjawab sosial terhadap komuniti setempat.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah pembersihan kebun pisang, projek tanaman anggur, pembuatan lilin dan sabun daripada minyak masak terpakai, serta penghasilan baja kompos daripada sisa makanan. Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan amalan kelestarian dan pengurusan sisa secara bertanggungjawab, tetapi juga membantu komuniti memanfaatkan sumber tempatan bagi menjana pendapatan sampingan melalui produk mesra alam.

Pelaksanaan program ini diselaraskan dengan dua Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals, SDG) utama, iaitu SDG 11: Bandar dan Komuniti yang Lestari dan SDG 12: Konsumsi dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab. Melalui SDG 11, program ini menyokong usaha membentuk komuniti luar bandar yang bersih, sihat dan berdaya tahan. Sementara itu, SDG 12 diterapkan melalui aktiviti kitar semula minyak masak terpakai dan sisa makanan yang memberi kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan penggunaan sumber secara berhemah serta pengurangan sisa ke arah kelestarian alam sekitar.

Secara keseluruhannya, program CSR ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara pelajar dan komuniti, tetapi turut membuktikan komitmen UMPSA dalam menyokong agenda global pembangunan lestari melalui pendidikan, inovasi dan tindakan komuniti berimpak positif.

Image
ADDRESS

Faculty of Chemical and Process Engineering Technology
Level 1 Chancellery Building
Universiti Malaysia Pahang
Al-Sultan Abdullah
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob
26300 Kuantan
Pahang Darul Makmur.