5 KM FTKKP FUN RUN 2024 SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

5 KM FTKKP FUN RUN 2024 SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Pada 21 Ogos 2024, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) telah berjaya menganjurkan 5 KM Fun Run 2024 yang penuh semangat sempena sambutan bulan Kemerdekaan. Selaras dengan matlamat SDG 3 'Good Health and Well-being', acara ini bukan sahaja menyuntik gaya hidup sihat tetapi juga merapatkan silaturahim antara staf dan jabatan di UMPSA.
 
Dengan penyertaan lebih 70 peserta dari pelbagai jabatan termasuk FTKKP, Bahagian Keselamatan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif, Jabatan Penyelidikan & Inovasi, Makmal Berpusat, Pusat Kesihatan Universiti dan Pusat TVET Termaju menyertai larian ini membuktikan semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan warga kampus.
 
Program bermula dengan taklimat keselamatan, bacaan doa, dan nyanyian lagu patriotik sebelum dilepaskan oleh Dekan FTKKP, Prof. Ts. Dr. Sumaiya binti Zainal Abidin @ Murad pada jam 8:05 pagi. Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Keselamatan dan Pusat Kesihatan Universiti yang memastikan keselamatan semua peserta sepanjang acara. Larian berakhir dengan jayanya pada jam 10 pagi.
 
Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. 
 

Print   Email