PENYELIDIK UMPSA, DR. AGI, PAKAR DALAM KEJURUTERAAN PETROLEUM IMPIKAN ANUGERAH HADIAN NOBEL
Dr. Agi Augustine Aja, pensyarah kanan di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) berkongsi impiannya untuk memenangi anugerah berprestij peringkat antarabangsa iaitu Anugerah Hadiah Nobel. Dr. Agi Augustine Aja yang tergolong dalam 2 peratus saintis teratas di dunia, menurut Elsevier dan Universiti Stanford berkata, beliau yakin impiannya itu akan berhasil satu hari nanti.
“Impian terbesar saya adalah untuk memenangi Anugerah Hadiah Nobel.
“Untuk memenangi anugerah ini, saya sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk sentiasa bersemangat dalam apa yang saya usahakan iaitu penyelidikan."
“Saya sentiasa terbuka dalam mencuba bidang penyelidikan yang terbaharu dan menggalakkan pelajar-pelajar saya untuk berani mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya yang berasal Nigeria."
Dr. Agi Augustine Aja kini sedang dalam usaha menyiapkan kajiannya bersama PETRONAS untuk mengoptimumkan penghasilan kadar hidrogen dari telaga minyak yang tidak dapat dipulihkan.
Latest News
21 February 2025
21 February 2025